Negeri Bumi Kenyalang (Sarawak) yang indah dan subur itu rakyatnya berbilang kaum hidup dalam suasana aman, damai dan sejahtera. Negeri Bumi Kenyalang (Sarawak) boleh diibaratkan seperti sebuah perisai orang asli yang berwarna-warni itu terletak di zon khatulistiwa. Negeri Bumi Kenyalang (Sarawak) sebenarnya pernah terlepas daripada penaklukan oleh keluarga Inggeris James Brooke, kemudian di bawah pemerintahan kuku besi tentera Jepun dan Penjajahan Inggeris. Negeri Bumi Kenyalang (Sarawak) mencapai Merdeka melalui gabungan dengan empat komponen iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu menjadi sebuah Negara Malaysia pada 16hb September 1963.

Kini melangkah ke ambang tahun kelima puluhan rakyat jelata di Negeri bumi kenyalang itu sepatutnya berhak untuk menuntut, mempertahankan dan menimati pelbagai faedah diri sendiri di Negeri Bumi Kenyalang. Oleh itu ahli-ahli Parti Bumi Kenyalang di sini mengumumkan bahawa Parti kami telah berjaya ditubuhkan dengan maksud berjuang untuk rakyat jelata di Negeri Bumi Kenyalang.

 

visi Parti Bumi Kenyalang

 

Berjuang di sisi undang-undang, untuk mendirikan sebuah masyarakat yang saksama, adil dan makmur yang tiada perbezaan bangsa dan kepercayaan agama.

Mengekal dan mesyempurkan sistem kerajaan demokrasi berparlimen.

Mendesak untuk mendirikan sebuah kerajaan atau ajensi kerajaan tempatan yang cekap, bersih, telus dan berkualiti tinggi.

Memaju dan memeliharakan perkembangan ekonomi, pendidikan dan kebudayaan yang seimbang,khasnya meningkatkan dan membaikkan bidang-bidang yang mana dalam keadaan mundur dan ketinggalan.

Mengambil berat tentang perkembangan ekonomi dan pembangunan infrastruktur bagi luar Bandar dan kawasan pedalaman dalam negeri kita.

Peliharakan dan memupukkan perasaan ramah tamah, bekerjasama di antara berbilang kaum. Lagi pun mewarisi semangat perjuangan daripada rakyat jelata di bumi kenyalang (Sarawak) yang gigih dan tabah.

Mempertahankan dan berjuang untuk hak-hak negeri bumi kenyalang (Sarawak) yang sepatutnya dimiliki itu dalam konsep Malaysia.

Memeliharakan dan mempertahankan hak Tanah Pusaka (Native Land) bagi orang asli di bumi kenyalang.

Kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana Parti, pertubuhan dan orang perseorangan yang bermatlamat atau tujuan yang sama dengan kita dalam lingkungan Negara kita.

Demi kepentingan parti, kita tetap terus menjalani tugas dan gerakan yang tidak ternyata dalam butir-butir tersebut di atas.

 

Demi mencintai Negara dan rakyat jelata kita dan visi Parti Bumi Kenyalang, kami berikrar berjuang dengan sesungguhnya untuk menunaikan mengikut ikhtisas-ikhtisas di pebagai bidang.

 

Politik dan Pentabiran

 

1.Negeri Sarawak (Bumi kenyalang) bersama Sabah,dan Semenanjung tanah melayu tiga komponen ini bergabung jadi satu negara tatkala pembentukan Negara Malaysia pada tahun 1963.Tiga komponen ini Sabah,Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu adalah sama setaraf. Jadi Parti Bumi Kenyalang di sini ingin menyatakan bahawa Negeri Sarawak sebagai salah satu komponen dalam konsep Malaysia, kedudukannya (khasnya Perjanjian yang meliputi 20 butiran tentang hal-ehwal Sabah dan Sarawak yang disetujui oleh pihak tiga komponen ini dalam konsep Malaysia) tidak dibenarkan dibuat sebarang pindaan oleh sesiapa tanpa keizinan dan Parti Bumi Kenyalang menegaskan bahawa kedudukan asalnya mesti dikekalkan. Sebarang kecuaian atau pindaan yang bertentangan dengan kedudukan yang asal ini mestilah dikaji semula dan didapati yang mana ada kecuaian atau pindaan yang bertentangan dengan kedudukan yang asal ini mestilah dibatalkan.

2. Mengekalkan dan mempertahankan 20 butiran tentang hak-hak asasi bagi negeri Sabah dan Sarawak dalam surat perjanjian tatkala pembentukan Malaysia pada tahun 1963.Ini adalah suatu perkara harus ditunaikan. Sebarang pindaan atau pembatalan tentang 20 butiran ini yang telah berlaku itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Parti Bumi Kenyalang menegaskan bahawa ini perlulah dikaji semula dan mustahak dipinda-pulih kepada asalnya. Sebarang undang-undang atau surat perjanjian yang telah menyelewangkan, tidak adil dan saksama yang terhadap hak-hak asasi rakyat jelata di Bumi Kenyalang (Sarawak) ini mesti dikaji semula dan dibatalkan.

3. Mempertahankan dan melaksanakan dengan sempurna tentang kerajaan negeri Sarawak berhak diri sendiri untuk menguruskan hal-ehwal kerajaan negeri Sarawak diri-sendiri dan mengololakan sumber tenaga manusia di negeri Sarawak tanpa diganggui oleh mana-mana pihak. Kami berhasrat dan berjuang untuk mendirikan sebuah kerajaan diperingkat negeri atau persekutuan yang bersih, cekap, amanah dan tidak menyebelah kepada mana-mana pihak.

4.Perlantikan seseorang Senator untuk memegang Ketua menteri Bumi Kenyalang (Sarawak) hanya dibenarkan tidak melebihi selama dua tempuh masa di bawah sistem elektoral iaitu tidak melebihi sepuluh(10) tahun. Seseorang menteri memegang mana-mana kementerian atau pegawai yang memegang mana-mana jabatan, atau pengerusi bagi mana-mana majlis tempatan juga tidak dibenarkan bersambung lagi perkhidmatannya jika melebihi selama sepuluh(10) tahun.

5. Dari hal pengambilan kaki-tangan kerajaan dan perlantikan

atau kenaikan pangkat seseorang pegawai kesemua ini perlulah berdasarkan kepada prinsip-prinsip bahawa sama ada seseorang pegawai itu bertingkah laku yang baik,cekap,bersih dan berintegriti serta berkebolihan dan kepandaiannya supaya elakkan lakunya kebudayaan najis.Umpamanya geng-geng sahabat didahulukan dan pengambilan kaki tangan kerajaan berlakunya secara penyelewangan sehingga kadar biangan pengambilannya mencondong ke sebelah kaum tertentu.

6. Melaksanakan sistem elektoral tempatan iaitu melalui pengundian oleh penghuni-penghuni tempatan itu sebagai cara utama dan cara perlantikan sebagai imbuhannya.

7. Melaksanakan dasar-dasar serata di antara kaum-kaum dalam segala lapangan. Akan tetapi tidak mencuaikan perkembangan tidak serata di antara kaum-kaum, khasnya menberikan bantuan dan pertolongan yang sewajarnya kepada kaum-kaum yang lemah itu dalam bidang ekonomi, pekerjaan, pelajaran dan pendidikan.

8. Mengkaji dan menyelidikkan semula tentang kawasan electoral di peringkat parlimen dan di peringkat negeri. Penyusunan kawasan elektoral semula dengan berdasarkan kadar bilangan penduduknya, kadar luasan kawasan dan keadaan pertaburan kaum-kaum itu.

9. Reformasi Lembaga electoral di Negara kita. Membentukkan sebuah lembaga elektoral yang baru untuk mengganti yang lama ini. Yang disyaki tidak bebas, terpengaruhi atau terkokong oleh sesuatu parti, pertubuhan atau perseorangan supaya menjamin pilihan raya dijalankan dengan adil.

10. Rakyat jelata Bumi Kenyalang (Sarawak) berhak untuk menjawat sesuatu jawatan di peringkat Jabatan atau Lembaga persekutuan dan juga berhak menyertai serta mengambil keputusan tentang sebarang pengkajian dan penyelidikan dasar-dasar kerajaan di peringkat negara atau di peringkat negeri.

11. Mencadangkan kepada Parlimen membatalkan segala undang

-undang yang bersifat menyeksa dan mencerobohi hak asasi kemanusiaan itu. Umpamanya undang-undang yang bersifat ISA atau undang-undang lain yang bermaksud mencerobohi hak asasi kemanusiaan.

12. Kami perhatikan dan mengawal dengan serius tentang Polis Diraja Malaysia di Sarawak sama ada mempunyai cukup kemampuan untuk menjalankan tugas dan menjaga keselamatan dalam negeri Sarawak. Mendesak dan mengawal Jabatan kehakiman supaya berkesan dan adil untuk membuat keputusan kehakiman.Mendesak dan mengawal Jabatan-jabatan Perkhidmatan Awam baik di peringkat perseketuan mau pun di peringkat Negeri berjalan dengan baik dan berkesan. Kerajaan negeri Sarawak berhak mengambil tindakan untuk memecat atau berhenti seseorang ketua pegawai bagi mana-mana Jabatan perkhidmatan awam baik di peringkat Persekutuan mau pun di peringkat negeri jika dibuktikan membuat kesilapan atau kesalahan.

13. Membentuk satu lembaga atau organisasi bukan kerajaan yang bebas supaya berkesan untuk berkerjasama dengan Lembaga pencegahan rasuah di peringkat persekutuan.

 

Ekonomi dan kewangan

 

1. Membentukkan suatu sistem pembahagian wang peruntukan.

Gubalkan suatu sistem pembahagian wang peruntukan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak, pembahagian di antara pegawai-pegawai dan rakyat biasa, pembahagian di antara kaum-kaum supaya pembahagian ini boleh mencapai ke tahap yang lebih serata.

2 Wang peruntukan diperuntukkan kepada Negeri Sarawak hendaklah bergaris panduan kepada berapa banyaknya sumbangan Negeri Sarawak kepada kewangan Persekutuan dan juga perlu menimbangkan mustahaknya bagi Negeri Sarawak.

3 Bahan-bahan galian dan kekayaan alam semulajadi di Bumi Kenyalang adalah kepunyaan anak bumi kenyalang. Oleh itu sebarang perancangan penerokaan alam semula jadi di Negeri ini mesti di bawah jagaan rancangan perlindungan hidupan dan tumbuh-tumbuhan alam semulajadi, seperti perusahaan penerokaan kayu kayan memang pantang menebang secara selewang dengan standard had sukatan dan di samping itu berkewajipan untuk melaksanakan rancangan menanam semula.

4. Bagi perancangan penerokaan dan pembangunan alam semulajadi, selain daripada memperuntukkan kawasan simpanan khas untuk orang asli seperti kaum Penan. Maka sebarang perancangan itu apabila dilaksanakan perlu melalui cara “Tender Umun” supaya elakkan disangsi berniat muslihat yang berbau geng-geng sahabat, tali barut, autoriti, individu atau pihak tertentu bersama-sama dengan ajensi kerajaan berkongsi membahagi faedahnya.

5.Projek rancangan pembangunan umum itu baik di peringkat persekutuan mau pun di peringkat negeri semua perlu melalui secara “tender umum”kecuali khas tersimpan untuk mereka kaum-kaum atau kelompok-kelompok yang tertentu yang lemah dalam persaingan.

Bagi projek-projek yang memerlukan ilmu sains dan teknologi yang tidak dapat ditanggung oleh sesuatu Lembaga atau Autoriti tempatan maka perlu diumumkan kepada syarikat bertaraf antarabangsa melalui secara “tender umum”.

6. Cukai penerokaan minyak, hasil gas petroleum perlu dikaji semula. Kami Parti Bumi Kenyalang mencadangkan cukai ini ditingkatkan daripada 5% kepada 30%.

7. Bagaimana wang peruntukan daripada sesuatu menteri atau ahli dewan negeri diperuntukkan. Diberikan kepada siapa atau pihak mana perlulah bergaris-panduan kepada yang mana mustahak melainkan bukan bergaris panduan kepada latar belakang politik atau Parti politik atau ikut niat sendiri.

8. Perusahaan perikanan lautan dalam negeri Sarawak.

Mencegah dengan serius sebarang kegiatan yang boleh memusnahkan ikan-ikan dan hidupan lautan.Mengharamkan atau memansuhkan lesen perikanan yang disewa kepada pihak luar negeri supaya menjamin perkembangan perusahaan perikanan dijalankan dengan baik dan kecukupan hidupan dalam laut.

9. Perusahaan memodenisasikan pertanian dan penternakan haiwan.

Perusahaan ini bertumpu tajuk kepada peningkatan hasil makanan,

proses makanan dan memeliharakan haiwan. Terjamin cukup pembekalan hasil daging dan makanan di pasaran dalam negeri. Estate-estate yang berada sekarang haruslah menjaga kesihatan alam sekitar dan perlindungkan hidupan alam semulajadi. Disamping itu perlu menghormati adat resam, kebudayaan dan hak-hak asasi bagi orang-orang asli.

10.Perindustrian dan perusahan bidang pembuatan. Utamakan perusahaan pembuatan yang gunakan bahan-bahan lokal supaya meningkatkan cukai pendapatan eksport.Utamakan perusahaan dalam bidang yang boleh ciptakan sains dan teknologi yang berkualiti tinggi supaya memperuntukkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang-orang muda yang berhasrat berkecimpung dalam bidang ini.

11.Perusahaan pelancongan perlu dimajukan dengan mengintrodusir keistimewaan alam semulajadi di Negeri kita di kawasan khatulistiwa.

12.Perusahaan kewangan dan perbankan. Mendesak dan memajukan perusahaan perbankan lokal dengan sekurang-kurangnya menubuhkan sebuah atau dua bank yang bermodalkan, pentabiran dan pengurusan di bawah orang local supaya memperuntukkan kemudahan, perkhidmatan kepada perniaga, petani dan pekerja lokal itu. Dan memimta supaya batalkan peraturan-peraturan yang ketat umpamanya had permodalan dan bilangan cawangannya.

13. bantahkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kurangkan kadar cukai kepada kenderaan ringan supaya manfaatkan golongan pertengahan dan golongan sederhana dan kurangkan kadar cukai kepada kenderaan yang digunakan sebagai alat-alat perhubungan dan pengangkutan di kampung-kampung atau kawasan pendalaman supaya manfaatkan orang-orang di sana. Mengecuailikan atau mansuhkan cukai kepada Mesin-mesin atau kenderaan yang digunakan dalam estate-estate pertanian.

14. Kurangkan kos minyak petrol, super,diesel,gas dan hasilan daripada petroleum.Mencegah dengan serius tentang menyeludupkan pelbagai jenis minyak petroleum dan hasilan petroleum ke luar negeri supaya kos minyak dikontrol dalam harga yang serdehana.

15. Kerajaan harus tubuhkan suatu Dana Amanah supaya memperuntukkan pinjaman kepada usahawan muda yang berhajat itu sebagai modal perdana dalam perusahaan mereka.

 

Pelajaran, pendidikan dan kebudayaan

 

1. Kerajaan Persekutuan telah cuaikan hak kebebasan bagi kaum-kaum di Negeri Sarawak untuk menerima pembelajaran dan pengajaran bahasa ibunda di sekolah rendah kerajaan itu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tatkala Pembentukkan Malaysia.Oleh itu diharapkan Kerajaan Persekutuan mengambil-beratkan tentang hal ini khasnya meningkatkan pembelajaran dan pengajaran bahasa kaum Dayak di sekolah-sekolah rendah kerajaan.

2. Pengakuan sijil sekolah menengah di bawah sistem privasi. Berkenaan dengan wang peruntukan kepada Sekolah-sekaloah tersebut patut termasuk dalam bajet peruntukan tahunan kerajaan.

3. Menggubalkan sistem pendidikan tanpa bayaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti dalam Negara kita.

4. Memperbanyakkan universiti umum dalam negeri Sarawak supaya meningkat peluang pelajaran dan menjaminkan mereka yang berkelayakan itu tetap berpeluang belajar di universiti tempatan.

5. Menyempurnakan dan meningkatkan pelajaran dan kelengkapan ke tahap berkualiti tinggi di sekolah teknik supaya pelajar-pelajar tidak berpeluang masuki universiti boleh sambungkan pelajaran mereka dan sediakan peluang kepada pekerja-pekerja yang sedang bekerja itu boleh menerima pelajaran latihan yang mendalam lagi.

6. Pengakuan bahawa Kaum-kaum berhak menjalankan kegiatan dan pembangunan kebudayaan diri sendiri serta sentiasa mengadakan dialog dalam bidang seni dan budaya di antara berbilang kaum dalam Negara kita.

D. Kesihatan dan perubatan

 

1. Gubalkan sistem perubatan dan kesihatan yang berkualiti tinggi supaya boleh dinimati oleh segala lapisan rakyat jelata di Sarawak. Sekiranya wang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan tak mencukupi harus ditanggungkan oleh kerajaan Negeri Sarawak.

2. Menjamin bahawa rumah sakit umum di Sarawak mempunyai cukup ahli kepakaran dalam perubatan dan kesihatan. Berlanjutan meningkat kualiti perkhidmatan dan kelengkapan perubatan dan kesihatan di rumah sakit umum di negeri Sarawak.

Memperuntukkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di kawasan luar bandar dan kawasan pendalaman.

 

E. Pembangunan Infrastruktur dan kemudahan asas

 

1. Desakkan kerajaan persekutuan boleh berikhtiar meningkatkan pembangunan asas di negeri Sarawak ke tahap dan berkualiti yang sebanding dengan Semenanjung Tanah Melayu dalam bidang perhubungan dan pengangkutan, kuasa elektrik, bekalan air, komunikasi, perubatan dan kesihatan, pelabuhan, lalu-lintas, pendidikan dan kebudayaan,

sistem penerbangan, bomba, pentabiran, perindustrian, perlindungan hidupan alam semulajadi, hiburan dan pelancongan.

2. Meningkat dan menyempurnakan sistem dan keselamatan jalan raya di negeri Sarawak,khasnya lebuh raya (Borneo highway) yang menghubungkan kesemua Bandar Sarawak harus berlorong dua sehala.Membinakan jalan raya supaya boleh menghubungkan setiap Pekan di luar Bandar dan kampung di kawasan pendalaman.

3. Modenisasikan sistem lalulintas/perhubungan awam di antara Bandar dengan kampung untuk kemudahan penumpung awam.

4. Menyempurnakan sistem bekalan kuasa elektrik, air, kemudahan komunikasi supaya peningkatan kualiti kehidupan penduduk-penduduk di luar Bandar atau kawasan pendalaman.

5. Kontrol dan kurangkan kos kuasa elektrik dan kos penyambungan tali elektrik dan juga kos internet perlu diturunkan.

6. Gubalkan sistem perhubungan langsung bagi udara dan lautan di antara Negeri Sarawak dengan antarabangsa supaya kurangkan kos Import dan eksport demi kemudahan perdagangan dan pelancungan.

7. Kontrol dan kurangkan kos/air ticket perhubungan dan pengangkutan di Malaysia barat dan Malaysia timur dan juga di kawasan pendalaman Negeri Sarawak.

 

F. Tanah

 

Pemilikan tanah adalah hak asasi bagi kaum-kaum di Neger Sarawak

1. Hak pemilikan tanah bagi pemilik tanah haruslah dijaminkan di sisi undang-undang.

1.a. Terjamin akan Surat Geran tanah atau Pajak tanah bagi pihak pekebun,pekedai,Perusaha,rumah kediaman atau organisasi swasta semasa tamat tempuh masanya dapat diperbaharui. Sekiranya tanah swasta dikerah oleh kerajaan untuk kegunaan kemudahan awam mestilah digantirugi dengan harga sesama harga pasaran.

1.b. Hak kepunyaan tanah Pusaka bagi pemilik tanah haruslah terjamin di sisi undang-undang.Tanah telah dikenalpastikan tanah pusaka yang digunakan untuk kegiatan pertanian mestilah dijamin di sisi undang-undang supaya elakkan diganggui,dicerobohi sehingga terampas oleh pihak tertentu. Pemberikan Surat Geran Tanah kepada rumah kediaman (rumah panjang) atau kepada tanah pusaka yang telah dikenalpastikan dipakai untuk kegunaan kegiatan pertanian haruslah didahulukan dalam prosesnya.

1.c. Tanah pusaka kepunyaan oleh rumah panjang (Long house) haruslah dikenalpastikan dahulu berkenaan dengan luasannya dan jaminkan bahawa di bawah naungan di sisi undang-undang supaya elakkan dicerobohi atau dirampas oleh pihak-pihak tertentu.

1.d. Menubuhkan Mahkamah khas iaitu mahkamah tanah pusaka yang berperingkat rendah/tinggi khas untuk menguruskan perkara perselisihan tanah pusaka.

1.e. Had jangka masa pembekuan tanah diumumkan oleh kerajaan hanya dibenarkan selama tiga tahun. Apabila berakhir jangka masanya sepatutnya automatik terlepas dari pembekuan.

1.f. tanah kepunyaan swasta dikerahkan oleh kerajaan hanya dibenarkan dengan maksud kegunaan awam dan seharusnya digantirugi dengan nilai harga market terbaru itu.

2. Penerokaan tanah kerajaan, tanah swasta atau tanah pusaka mesti dibawah perancangan rapat. Tanah pusaka kepunyaan rumah panjang digalakkan teroka untuk menanam kelapa sawit atau kegunaan pertanian yang di bawah projek secara bergabung dengan perusaha atau Autoriti kerajaan atau autoriti swata. Walau bagaimana pun penguatkuasaan undang-undang perlu diambilkan untuk menjaga faedahnya di antara dua pihak.

3. Tanah kepunyaan Negeri Sarawak/State Land

3.a. Bekukan penerokaan terhadap semua hutan rimba yang asal.

3.b. Bekukan penerokaan tanah yang membawa pemusnahan dan perosakan kepada hidupan alam semualjadi dan bekalan air minuman.

3.c. Selain daripada melindungi kaum-kaum atau golongan-golongan

yang lemah itu maka pembangunan atau penerokaan tanah awam atau

tanah swasta hendaklah melalui secara “Tender Umum” supaya

elakkan berbau geng-geng sahabat , bertali-barut keluarga saudara-mara.

3.d. Pembangunan atau penerokaan tanah awam untuk peserta swasta haruslah dirancangkan dengan projek-projek pelbagai umpamanya projek besar, projek sederhana dan projek kecil.

4. Tunaikan dasar-dasar berkenaan dengan orang yang berkecimpung dalam bidang tanam-menanam,penternakan haiwan atau hidupan dalam air mempunyai kecukupan tanah untuk berusaha.

 

G. Rumah Kediaman

 

1. Tunaikan dasar-dasar penghuni berumah-kediaman. Kerajaan persekutuan /kerajaan negeri hendaklah memilih tempat yang sesuai untuk membinakan rumah deret, rumah pangsa atau kondominium dengan kos rendah dan berkualiti supaya mengatasi masalah kekurangan rumah kediaman khasnya pekerja-pekerja yang datang dari kawasan pendalaman itu dan bertumpu di setinggan dalam Bandar atau luar Bandar itu berkemampuan menanggung bayaran sewa atau belinya.

2. Batalkan hak atau lesen monopoli mengimportkan bahan-bahan pembangunan dan kurangkan tax import akan bahan-bahan pembangunan supaya boleh membinakan kos rendah rumah kediaman.

3. Hak perancangan, penyelidikan dan pengkajikan serta penyemakan tentang pembinaan rumah kediaman itu terpulang kepada Jabatan bahagian tidak tertumpu di ibu pejabat sahaja supaya lebih pesat dan lancar dalam prosesnya.

 

H. Kebajikan

 

1. Gubalkan sistem kawalan untuk menjamin kebajikan termasuk pendidikan,perubatan dan kesihatan yang boleh dinimati oleh warga emas,pencacat,yatim piatu,janda/balu, pesakit jiwa dan keluarga miskin yang tak berkemampuan untuk menanggung kos kehidupan harian.

2. Gubalkan sistem penggajian minimum untuk pekerja-pekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan sistem pengongkosan kehidupan yang minimum supaya menjamin seluruh rakyat jelata hidup dalam keadaan kesenangan di negeri Sarawak.

 

I Kampung di kawasan pendalaman dan orang-orang asli

 

1. Kampung-kampung di kawasan pendalaman dan pembangunan di kawasan orang asli masih dalam keadaan ketinggalan baik dalam kedudukan ekonomi mahu pun dalam bidang pendidikan dan kebudayaan. Kerajaan didesakkan memperuntukkan wang peruntukan lebih banyak supaya membaiki infrastruktur yang asas di kawasan tersebut.

2 Meningkatkan kadar penghasilan, pendidikan dan pelajaran khasnya kebolehan mengurus kewangan dan pentadbiran supaya mencapai suatu tahap yang lebih tinggi dalam sektor perekonomian.

3. Memperuntukkan wang dan tenaga untuk memperelok atau naik taraf rumah panjang tradisional yang buatan daripada bahan kayu yang mudah terbakar itu. Membantu dan memajukan setiap rumah panjang atau kampung mempunyai sistem bomba dan berpasukan bomba sendiri.

 

J. Kepercayaan dan agama

 

Seseorang wagar Negara berhak bebas untuk berkepercayaan dan beragama.Akan membantu orang-orang kampung membaiki gereja atau membina baru.

 

K Kenyataan kami

 

1. Jika Ikhtisas-ikhtisas yang tersebut di atas itu tidak lengkap dan sempurna kami akan buat pindaan dari semasa ke semasa mengikut peringkat perkembangan masyarakat kami. Sebarang cadangan pindaan atau pindaan dibuat mesti melalui persetujuan Sidang Perwakilan Parti kami dan umumkan pindaan itu akan dilaksanakannya pada tarikh ditetapkan.

2. Parti Bumi Kenyalang nyatakan di sini akan berhasrat untuk berkerjasama dengan parti, organisasi, persatuan dan individu yang lain baik dalam negeri Sarawak mahu pun di seluruh Negara Malaysia, sekiranya mereka menyukung dan bersetuju dengan ikhtisas-ikhtisas dan matlamat Parti kami.

 

Penyataan daripada Jawatankuasa Pembentukan Parti Bumi Kenyalang di Sibu

Yang bertarikh 26hb Oktober 2013

free website promotion SubmitX.com

Offer A Gift To Support Parti Bumi Kenyalang (以财礼方式来支援肯雅兰全民党)

Parti Bumi Kenyalang is a multi-racial political party in Sarawak and having an achievable mission :"IN QUEST OF INDEPENDENCE".

We plan to field 82 candidates in the coming Sarawak Election. We are not taking any donations but your gifts in appreciation of our struggles are appreciated. 

肯雅兰全民党是砂拉越的多元种族政党,其使命是可实现的:“追求独立之路”。我们计划在即将到来的砂拉越大选中派出82名候选人,因此我们需要砂拉越人民和海外支持者在经济上以财礼(gift) 方式来支援我们。

Click Here To Offer A Gift

(以财礼方式来支援我们)

Parti Bumi Kenyalang Facebook "Live" 肯雅兰全民党面子书直播

Parti Bumi Kenyalang Facebook Live

PBK Mission Passport使命护照

  

Download PBK Passport 
(for reference only)
下载肯雅兰全民党:使命护照 
(只共参考)

PBK Membership Application

Voice Of Kenyalang QR Code 肯雅兰之声二维码

Total Viewers Since 1 Dec 2018 从2018年12月1日至今总拜访人数

页面访问数:
4808552